Dua Pasangan Dirai

Nurul Nazilawati binti Ismail bersama suaminya Jasmiruddin bin jamal (Berbaju Merah) dan Wan Nazri bin Ismail bersama isterinya Noraiwa binti Ahmad (Berbaju hijau) disatukan di atas pelamin

Nurul dan Jasmi

Semoga Nurul dan Jasmi bahagia sehingga ke akhir hayat

Meriahkan Majlis Rumah Terbuka

Bersama memeriahkan rumah terbuka Kabaz

Bergambar Kenangan Bersama To'Ki

Tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama To'Ki

To'Ki Menyampaikan Lagu 'Hampa'

To'Ki masih bertenaga ketika menyampaikan lagu popularnya 'Hampa'

Dua pasangan disatukan dalam majlis meriah

Pada 30hb April 2011, Rilek Sound System diberi peluang untuk memeriahkan satu majlis perkahwinan yang cukup meriah di Seremban. Nurul Nazilawati binti Ismail bersama suaminya Jasmiruddin bin jamal (Berbaju Merah) dan Wan Nazri bin Ismail bersama isterinya Noraiwa binti Ahmad (Berbaju hijau) disatukan di atas pelamin yang dihias cukup indah dan menarik dalam satu majlis yang cukup meriah.


Cukup bertuah rasanya kerana ini adalah kali pertama Rilek Sound System berada di sebuah majlis yang meraikan dua pasangan pengantin. Terima kasih kepada Sarjan Ismail sekeluarga kerana memberi kepercayaan kepada Rilek Sound System untuk menghidangkan halwa telinga kepada para tetamu.

Majlis Kenduri Meriah Bersama To'ki

Majlis Perkahwinan yang berlangsung di Gombak cukup meriah dengan kehadiran penyanyi yang suatu ketika dahulu menempa nama di persada seni tanah air; To'ki.

To'ki memperdengarkan tiga buah lagu popular beliau iaitu 'Hampa', 'Seni Berzaman' dan 'Biasan' menyerikan lagi majlis persandingan pengantin.

Kenduri Elegan Di Presint 9

Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Presint 9, Putrajaya. Lebih meriah apabila majlis dihadiri oleh VVIP termasuk Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor.

Lebih bermakna apabila bapa kepada pengantin sendiri memimpin bacaan doa memohon restu dari yang Esa semoga pasangan pengantin yang diraikan bahagia dan sentiasa dibawah lindungan-Nya.

Rilek Sound System Meriahkan Majlis Rumah Terbuka

Pada 24hb September yang lalu RSS telah diberi peluang untuk turut memeriahkan Majlis Rumah Terbuka KABAZ Sdn Bhd di Shah Alam. Majlis bermula kira-kira jam 3 petang itu dihadiri oleh beberapa orang VIP termasuk CEO KLCC Puan Zuraidah Said. Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah antaranya lemang, ketupat, satay, koey teow goreng, kambing panggang dan biskut-biskut raya.

Kira-kira jam 5 petang hujan mulai turun namun ia tidak mencacatkan Majlis Rumah Terbuka KABAZ Sdn Bhd. Kehadiran para tetamu yang tidak putus-putus memeriahkan lagi majlis tersebut ditambah ruangan karaoke yang dibuka kira-kira jam 5.30 petang. Para tetamu dan kakitangan KABAZ Sdn Bhd masing-masing menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian dengan mendendangkan nyanyian lagu-lagu raya. Kemuncak acara adalah nyanyian lagu raya beramai-ramai oleh kakitangan KABAZ Sdn Bhd.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More